The Air Asia Runaway Ready Designer
Search. Kolaborasi antara KLFW RTW dan Air Asia kembali lagi,kali ini lebih
besar dengan pencarian melibatkan
pereka-pereka muda dari Malaysia dan Negara-negara sekitarnya termasuk
Indonesia,Thailand,Singapore,dan Philippines.Naqi Merah berkesempatan
menghadiri upacara pelancaran bagi pertandingan tersebut yang diadakan di bukit
bintang kuala lumpur.
we spot fabulous kak zai!!
Little info about this competition:
Terbuka kepada pelajar tempatan atau
luar Negara, berumur 28 dan ke bawah,sedang belajar atau sudah tamat pengajian
dari mana2 tempat pengajian seni reka di dalam lima buah Negara yang terlibat.3
lakaran rekaan yg diinspirasikan dari destinasi ASEAN hendaklah dihantar dengan
borang lengkap yang boleh didapati dari klfashionweek.com. Tarikh akhir pada 12
april 2016.
Jika terpilih pereka akan dipanggil,
kemudian melalui satu lagi pemilihan sebelum 3 yang terbaik dari setiap Negara berpeluang
mempersembahkan koleksi mereka di KL Fashion Week RTW ogos ini, dan berpeluang
memenangi AirAsia’s Most
Promising Designer 2016.
Pemilihan dijalankan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan mengikut Negara,Jakarta
(16 April), Manila (23 April) , Kuala Lumpur (30 April) , Singapore (7 May )
dan Bangkok (14 May ).
Now...lets talk about the prize!!
Hadiah bernilai RM350,000 menunggu pemenang antaranya termasuk peluang
mempersembahkan koleksi pereka pada KLFW RTW,RM25,000 tajaan oleh Fashion Valet
untuk menyiapkan koleksi kapsul bagi dijual di laman web fashion tersebut dan
beberapa lagi hadiah menarik yang akan diumumkan kemudian.
Antara juri bagi musim ini ialah.CEO Air Asia Aireen Omar,KLFW RTW
founder Andrew Tan,Si Cantik Manis Vivy Yusof Pemilik Fashion Valet,Alia Bastamam
pereka yang terkenal kerap tampil elegan dengan warna putih dan yang terakhir Editor
In Chief GLAM Malaysia, Suzie Adnan.
first time jumpa vivy yusof subhanallah cantik sungguh orangnyer!!want to fall in love but..... she is married right??
So to all fashion comrades what are you waiting for let go for war!!!
god his charming!!my camera are so eager to take one pic of this charming prince!!
p/s Kali pertama masuk ke hotel yang
begitu mewah untuk majlis pelancaran ini cukup membuatkan naqi teruja sampai
tersesat tidak jumpa jalan keluar.(seriously I’am lost).btw this is my first time
terserempak dengan Dato Vida,without her crown obviously!!